Biografi Kim Byung-man

Kim dilahirkan di dalam keluarga miskin dengan seorang abang dan tiga adik perempuan di Jeonju, Wanju di Provinsi Jeolla Utara. Bapa beliau adalah seorang penagih alkohol kerana perniagaan yang tidak bernasib baik. Ibu beliau cuba untuk mendapat pendapatan dengan bekerja secara sambilan, seperti bekerja di restoran. Beliau juga cuba untuk menambah pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai seorang buruh. Kerana ingin menjadi seorang pelawak, beliau tinggalkan rumah dan berhijrah ke Seoul untuk tinggal di sebuah apartment bersama pelawak-pelawak baru lain. Selepas tiga kali gagl ujibakat di KBS dan empat kali di MBC, akhirnya beliau diterima oleh KBS pada 2002. Beliau menyertai Gag Concert dalam segmen Master sebagai Master, peranan beliau yang amat popular, dimana beliau melakukan tugasan luar biasa, menunjukkan kemampuan beliau untuk memperoleh kemahiran baru dengan cepat.[2]

Kim membuat penampilan pertama dalam filem yang berjudul "Gift" (선물) pada tahun 2002. Beliau juga mendapat tempat kedua dalam rancangan Kiss and Cry oleh Kim Yuna dimana penghibur-penghibur terkenal belajar untuk luncur ais dari ahli profesional.[3]

Sehingga 2012, beliau menandantangani kontrak di bawah Castle J Entertainment, dan pada 19 September, diumumkan beliau telah menandatangani kontrak eksklusif dengan SM C&C, subsidiari SM Entertainment, bersama Lee Soo-geun.[4]